Video DownloadHelper: Dapatkan Video Dengan Mudah Di Firefox
Video DownloadHelper adalah extension untuk Firefox yang berfungsi untuk mendapatkan fail video dengan mudah. Apabila anda berada di mana-mana laman web yang mengandungi video, ikon DownloadHelper akan beranimasi yang menandakan anda boleh dapatkan fail video tersebut. Hanya klik sahaja pada butang DownloadHelper dan pilih video yang anda inginkan.













